Sabda Nabi Muhammad s.a.w
" Demi Allah yang aku dalam genggamannya, minumlah madu, malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya. "

Biasa - RM 54 (after less 10%)
Bersarang - RM 58.5 (after less 10%)
Apa itu Madu Khaula ?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.
Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.
Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.
Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.
Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini. Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.
Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
- Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
- Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
- Cepat memenuhi permintaan tenaga.
- Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
- Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
- Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
- Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
- Mudah didapati.
- Secara relatif ia tidak terlalu mahal.
Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu. Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula ?Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut! Sila baca Buku DC Jarvis (MD), Bab 9 untuk maklumat lanjut.
Selain kaedah saintifik menggred kualiti madu lebah, kaedah mudah secara manual boleh membantu untuk mengenal ketulinan madu ( ingat bukan mengenal kualiti madu)
- pandangan mata kasar, air madu kelihatan serata ( homogenous).
- tiada mendakan di dasar botol
- di terbalikkan botol, kelikatan madu dpt di lihat
- buka tudung botol, dan bau, haruman bunga2an dan bukan bau gula merah.
- jika manis madu membuatkan rasa 'pedih hati' ( spt mana kita minum minuman atau mknan yg terlebih gula pasir, contoh dodol, wajid). maka madu ini sebenarnya tlh di campur gula.## di akui ada pengguna yang masih 'tak tahan' dgn kemanisan madu khaula ( reflek akibat kejutan kpd taste bud, namun belum kedgran lagi ada pengguna yg komplen rasa pedih hati. reflek ini samalah spt memakan mknan yang sgt masam,kelat atau pahit). Jika dh biasa mghirup madu khaula, masih terasa sgt manis, sah lah sebenarnya anda jrg2 meminumnya.
- madu yg di titis kedlm gelas air, akan terus jatuh kedasar gelas.
- sedikit madu yang di letak di atas piring lalu di letak sedkit air, jelas madu masih kekal, air masih jernih. Kemudian di buat pusingan ikut atau lwn jam, madu khaula akan lambat larut air dan akan TERBENTUK SARANG LEBAH, MMG MENAKJUPKN. Penglman sya jika di buat pd madu tulin dari hutan,blh terbentuk juga sarang lebah ini, tetapi bila di pusingkan lagi, madu sudah ilang, larut, ttpi madu khaula masih di buat sehingga 3-5 kali pusingan , baru larut sepenuhnya.
- di bakat madu ini, hasil terakhir spt cebisan hitam .
- jika ada dakwaan madu tulin hutan mbuatkan putih telor sedikit beku bila di campur, ini di sebabkan akibat haba panas kdgan sulfur dan tembaga yg tinggi. Madu Khaula tidak begini sifatnya dan tidak panas, malah tidak memeritkn tekak, telinga tidak panas atau berdengung.
- jika dakwaan semut tidak menghurungi madu tulin, ini di sbbkan oleh bahang haba tersebut, semut sgt sentisitif dgn persekitarannya. madu Khaula yg tidak tertutup rapi, akan di hurugi semut, kerana semula , kndugan 0.5-3.5% sukros di dlm madu khaula menjadi tarikan semut.